Wednesday, September 23, 2009

HUBUNGAN

Bismillahi rahmanirrahim....

"Mereka ditimpa kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)." |surah al-imran : 112|

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu” | surah al baqarah: 29|

-------------------------------------------------------------------------------------------------

cuba kite tgk ayat di atas yang cuba menerangkan perihal hubungan yang ada di dunia ni.
-hubungan manusia dengan Allah,
-hubungan manusia dengan manusia,
-manusia dengan alam.

disini sy ingin menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hubungan manusia dengan alam, maaf jika silap, silalah betulkan ya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
di suatu petang yg riuh rendah....

sy menceritakan kepada kawan tentang mak sahabat sy yang bercakap dengan pokok...(hehe)
pokok yang mak dia tanam tu tak nak berbuah,
jadi setiap pagi mak dia akan datang kepada pokok tu, dan bercakap dengannya..(maaf kalau sy edit sket)
dan akhirnya pokok tu berbuah dengan lebatnya...

kawan2 sy hairan, boleh ke kite bercakap dengan pokok?



pelik kan soalan dia tu, adakah disebabkan pokok tu statik dan langsung tidak bergerak dia mengkategorikan makhluk itu tidak bernyawa?
huhu...

dia hanya memandang pada zahirnya, bukan memikirkannya..
dia ingin lagi penjelasan bagaimana kite berinteraksi dengan alam ni?


lalu sy berkata kepadanya...anda adalah alam itu...
(hehe..gelak kecil)

dia pelik...dan raut wajah menunjukkan kepelikkan...

back to basic laaa........

cuba ingat balik kita ni diciptakan dari apa...
segenggam tanah je kan...
tanah tu dari mane?
dari alam kan...
kita dari tanah, dan kembali kepada tanah...
tapi dimana diri kita sebenarnya?
roh yang ditiupkan ke dalam jasad bagi menghidupkan jasad yang tidak bernyawa tu...
kita bernafas sekarang ni pun bagaimana oksigen melalui rongga2 tanah,
kita minum air, bagaimana air melalui rongga2 tanah...
kita ni roh yang menggerakkan jasad tanah ni,
jasad yang kita pinjam ni hanya sementara, ade expired date dia,
jangan buat2 lupa pulak...
kita ni sebahagian dari alam,
sebab roh+tanah=manusia
ingat balik asal usul kita...
jasad tanah ni adalah amanah dari Allah yang wajib untuk kita menjaganya sebaik mungkin...
tanah kembali kepada tanah,
dan kita kembali kepda Allah SWT...

wallahua'lam...

"JAGALAH JASAD TANAH INI"