Monday, June 22, 2009

Bulat

Bulat.

simple jek.

tp anda perlu memahami dengan betul.

pernahkah anda terfikir bulat ini sebenarnya berpusing arah mana?

adakah ianya statik? adakah ikut jam? adakah berlawanan jam?

sekiranya sy berkata ianya berpusing berlawanan jam bagaimana?

adakah anda menerima jawapan sy sebulat suara?

anda ingin buktinya?

mari kita sama-sama fikir.

kita tengok disekeliling kita, barulah kita buat keputusan yg sepatutnya.

kalau saudara melihat jemaah haji melakukan tawaf, arah manakah mereka pusing?

kalau saudara mengkaji arah putaran bumi, arah manakah bumi berputar?

kalau saudara mengkaji perihal planet-planet, arah manakah planet-planet itu berputar

mengelilingi matahari?

kalau saudara mengkaji sunnah Baginda SAW, Baginda mengacau sup/masakan pada arah mana?

kalau anda membaca al-Quran, dari arah mana ke arah mana kita membacanya?

kalau anda lihat kejadian terbit matahari, terbenam matahari, dari arah mana ia terbit, dan ke

arah mana ia terbenam?

kalau anda mengkaji sejenis tarian yg diilhamkan oleh Allah kepada Jalaluddin Rumi, iaitu Tarian Sufi yg terkenal di Turki, arah manakah tarian itu berpusing?

banyak persoalan bukan?

pernahkah anda terfikir sebelum ini?

"setiap kejadian yg Allah ciptakan mempunyai paksi" (philo-sufi kidalisme)

benarkah?

adakah bulat itu mempunyai paksi?

cuba anda fikirkan, dan ambil persoalan-persoalan diatas.

sekiranya bulat itu tidak mempunyai paksi, adakah bentuk bulat yg betul-betul bulat akan

terhasil?

sebagai contoh mudah, cuba anda lukis bulat dengan hanya free-hand sahaja, adakah ianya

betul-betul bulat?

cuba pula anda lukis bulat itu dengan menggunakan jangka lukis, ianya menjadi bentuk bulatan

yg sempurna.

mari kita fikir lagi tentang persoalan-persoalan di atas.

semua persoalan-persoalan yg sy kemukakan, semuanya berpusing/berputar pada arah lawan

jam.

jadi sebagai kesimpulannya.

"sesuatu yg berputar pada arah berlawanan jam dan mempunyai paksi putarannya akan membentuk BULATAN" (philo-sufi kidalisme)

2 comments:

ciklebah said...

hurm, sesuatu yang berputar ikut arah jam, dan juga berputar pada paksinya, then kita dapat bentuk ape?

Umar al_Faruk said...

bulat jugak kan....
tp tgk la bulat mane yg ikot sunnatullah??